~Assalammualaikum~
~Ahlan Wasahlan~
~Selamat Datang~
Saya Norsaifah binti Hen. Berumur 19 tahun. Pelajar tahun 1 di UKM dalam kursus PENTADBIRAN PERNIAGAAN. Saya merupakan seorang yang suka dengan makanan. Saya suka makan. Terutama sekali masakan ibu. Saya gemar memakan makanan yang berkuah dan sup sebab makanan ni mengenyangkan saya. Setiap kali ke restoran saya akan minta makanan seperti soto,bakso,tomyam,laksa,mi sup dan macam-macam lagi lah.. hehehehehe..Saya ucapkan selamat datang ke blog saya yang baru saja saya buat pada minggu lepas. Apa-apa kekurangan pada blog ni saya dahului dengan ucapan maaf dan saya minta tunjuk ajar dari anda semua untuk memperbaiki lagi blog saya.
DIRI SAYA
Gambar di atas ni adalah saya. ^^ Saya anak kedua daripada 4 orang adik beradik . Saya lahir pada 16 JANUARI 1996 dan saya berasal daripada Kota Kinabalu, Sabah. Saya mendapat pendidikan awal dari Tadika JHEAINS , Likas , Sabah. Kemudian di SK INANAM LAUT . Kemudian meneruskan pengajian di SMK INANAM sehingga tamat tingkatan 5. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T saya dapat menyambung pembelajaran saya di Kolej Matrikulasi Labuan. Selepas menamatkan pengajian di matrikulasi, saya memilih UKM sebagai pilihan pertama saya untuk meneruskan lagi pengajian saya. Alhamdulillah permohonan saya diterima dan saya dapat memasuki UKM sebagai mahasiswi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Berkat doa ibubapa,guru,pensyarah,rakan-rakan dan keluarga saya berjaya menjejakkan kaki di UKM walaupun terdapat halangan-halangan yang menimpa.
KELUARGA SAYA
Saya dibesarkan oleh kedua ibubapa yang sangat penyayang . Ibu saya NORINI BINTI BUIT dan ayah saya HEN BIN AMAT. Mereka ibubapa yang sangat tabah dalam membesarkan kami 4 orang adik beradik, Mereka sabar dengan kerenah kami dan tidak pernah jemu untuk melayani perangai adik bongsu saya yang nakal. Setiap hari ibu menyediakan sarapan kesukaan kami iaitu nasi lemak bersama telur dadar. Makanan tengahari dan makan malam juga ibu sediakan. Kami adik beradik membantu ibu di dapur untuk basuh pinggan dan mengelap meja. Ibu melakukan semua kerja rumah dengan sangat cekap. Beliau sangat teliti dalam menyiapkan kerje-kerja rumah . Semuanya boleh disiapkan oleh ibu dalam masa kurang daripada 2 jam.
Ayah pula seorang yang tegas. Beliau sangat mementingkan masa. Ayah mendidik kami dari kecil agar menepati masa. Itulah perkara yang tidak lekang dari mulut ayah setiap kali kami sekeluarga berkumpul. Menurutnya, menepati masa atau datang awal terdapat berkat di dalamnya. Terutama sekali dalam majlis - majlis ilmu . Sekiranya kita datang awal, ia membantu kita untuk lebih bersedia dan menunjukkan keperibadian yang mulia . Ayah dan ibu bukan lah orang yang kaya . Pendapatan ayah biasa-biasa sahaja. ibu pula sekadar surirumah. Tetapi saya kagumi semangat ayah yang cekal untuk mencari sesuap nasi demi menyekolahkan kami adik beradik. Ibu juga begitu, Tidak pernah mengeluh dengan kesempitan hidup. Kerana mereka sudah kebal dalam mengharungi kehidupan yang susah. semangat mereka ini jugalah yang memberi saya kekuatan untuk bertarung dalam mengejar ilmu sehingga berjaya di peringkat yang membanggakan.
SAHABAT
Gambar diatas adalah kawan-kawan saya yang sangat baik, comel, cantik, kacak, sporting, pendiam, mulut tempayan, suka tidur, suka meniru kerja orang, kuat makan, gemuk, kurus dan macam-macam lagi lah. HAHAHAHA. Pendek kata, diorang ni lah pelengkap hidup saya semasa di belajar di Matrikulasi Labuan. Kami kenal hanya setahun tapi perkenalan setahun itu ibarat perkenalan 10 tahun. Kami sangat cepat rapat dan sangat senang bergaul antara satu sama lain. Banyak memori dan kenangan kami semua. Antaranya ialah,
Gambar di atas tu semua adalah gambar-gambar kenangan kami selama setahun. Semuanya kenangan manis dan sangat susah untuk dilupakan. Perkenalan dengan mereka mengajar saya banyak perkara iaitu jangan pentingkan diri. Sebagai seorang pelajar, kita tidak boleh abaikan kawan kita sebab mereka ini lah yang menolong kita suatu hari nanti. Kita kena kongsi ilmu dengan kawan-kawan. Semua ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Kelemahan dalam diri kita itu akan menjadi kekuatan apabila kita bersatu padu sesama rakan kita. Segala maklumat atau ilmu mengenai pelajaran hendaklah dikongsikan bersama-sama. Jangan ada perasaan iri hati diantara kita dengan kawan-kawan kerana rezeki itu masing-masing dan datang daripada Allah S.W.T.
Jadi, hargailah sahabat atau kawan-kawan anda .~ ^^.
IDOLA SAYA
Saya mempunyai idola saya sendiri. Idola yang memberi banyak inspirasi kepada masyarakat khususnya. Idola saya ialah TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.
Seperti yang semua sudah tahu bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun, beliau membawa banyak kemajuan dan pembangunan. Antaranya ialah KLIA, KLCC, Menara Berkembar Petronas, Putrajaya, Cyberjaya, Jambatan Pulau Pinang, Langkawi dan banyak lagi. Bukan mudah untuk menerajui negara namun beliau berjaya membuktikan kepimpinannya sebagai PM Malaysia. Beliau pemimpin yang berkaliber dan tegas. Pemikirannya amat kritis dan kreatif. Penyampaiannya bersahaja tetapi penuh dengan wawasan. Saya amat mengagumi beliau dari segi pemikirannya. Beliau amat bijak dan berpengetahuan yang sangat luas. Setiap kata-kata yang dikeluarkan sangat dalam maknanya. Contoh, "sekiranya orang lain bekerja dengan begitu laju, kamu mesti bekerja 10 kali lebih laju daripada orang tersebut". Beliau bercakap kepada Ketua Pelajar di kolej saya yang sempat berjumpa dengan beliau. In Syaa Allah, sekiranya di beri kesempatan saya juga ingin berjumpa dengan Tun M. Semoga masyarakat terutamanya remaja yang bakal jadi pelapis pemimpin negara dapat mencontohi sifat kepimpinan yang ada pada beliau.
KELUARGA SAYA
Saya dibesarkan oleh kedua ibubapa yang sangat penyayang . Ibu saya NORINI BINTI BUIT dan ayah saya HEN BIN AMAT. Mereka ibubapa yang sangat tabah dalam membesarkan kami 4 orang adik beradik, Mereka sabar dengan kerenah kami dan tidak pernah jemu untuk melayani perangai adik bongsu saya yang nakal. Setiap hari ibu menyediakan sarapan kesukaan kami iaitu nasi lemak bersama telur dadar. Makanan tengahari dan makan malam juga ibu sediakan. Kami adik beradik membantu ibu di dapur untuk basuh pinggan dan mengelap meja. Ibu melakukan semua kerja rumah dengan sangat cekap. Beliau sangat teliti dalam menyiapkan kerje-kerja rumah . Semuanya boleh disiapkan oleh ibu dalam masa kurang daripada 2 jam.
Ayah pula seorang yang tegas. Beliau sangat mementingkan masa. Ayah mendidik kami dari kecil agar menepati masa. Itulah perkara yang tidak lekang dari mulut ayah setiap kali kami sekeluarga berkumpul. Menurutnya, menepati masa atau datang awal terdapat berkat di dalamnya. Terutama sekali dalam majlis - majlis ilmu . Sekiranya kita datang awal, ia membantu kita untuk lebih bersedia dan menunjukkan keperibadian yang mulia . Ayah dan ibu bukan lah orang yang kaya . Pendapatan ayah biasa-biasa sahaja. ibu pula sekadar surirumah. Tetapi saya kagumi semangat ayah yang cekal untuk mencari sesuap nasi demi menyekolahkan kami adik beradik. Ibu juga begitu, Tidak pernah mengeluh dengan kesempitan hidup. Kerana mereka sudah kebal dalam mengharungi kehidupan yang susah. semangat mereka ini jugalah yang memberi saya kekuatan untuk bertarung dalam mengejar ilmu sehingga berjaya di peringkat yang membanggakan.
SAHABAT
GROWN-UP CHILDREN |
Gambar diatas adalah kawan-kawan saya yang sangat baik, comel, cantik, kacak, sporting, pendiam, mulut tempayan, suka tidur, suka meniru kerja orang, kuat makan, gemuk, kurus dan macam-macam lagi lah. HAHAHAHA. Pendek kata, diorang ni lah pelengkap hidup saya semasa di belajar di Matrikulasi Labuan. Kami kenal hanya setahun tapi perkenalan setahun itu ibarat perkenalan 10 tahun. Kami sangat cepat rapat dan sangat senang bergaul antara satu sama lain. Banyak memori dan kenangan kami semua. Antaranya ialah,
Baru balik kelas |
kitorang ikut EXPLORACE tapi kalah. HAHAHA |
Jalan-jalan sebab elaun baru masuk. HIHIHI |
Banana boat. YEAHHH!!! |
MEMORI TERAKHIR .:( Tukar-tukar hadiah. |
Jadi, hargailah sahabat atau kawan-kawan anda .~ ^^.
IDOLA SAYA
Saya mempunyai idola saya sendiri. Idola yang memberi banyak inspirasi kepada masyarakat khususnya. Idola saya ialah TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.
SIAPA MAHATHIR MOHAMAD
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember
1925. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det dilahirkan pada 20 Disember 1925, di Kedah. Beliau merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik, keluarga Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Ayahnya, Mohamad Iskandar, adalah berbangsa India, anak kepada seorang Malayalee Muslim yang berasal dari Kerala, India dan ibunya berbangsa Melayu. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah laki-laki Melayu di seberang Perak, Alor Setar untuk tempoh 2 tahun sebelum menyambung di sekolah kerajaan beraliran Inggeris di Alor Setar iaitu di Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.
Sekian, Terima Kasih
No comments:
Post a Comment