Tuesday, 24 November 2015

FAKULTI KU

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN





Inilah fakulti tempat saya menimba ilmu dalam jurusan pentadbiran perniagaan.. ^^
Cantik tak?? hehehe. Bangunan FEP ni tempatnya sangat strategik. Kenapa?? haaa. Sebab fakulti ni terletk berdekatan dengan KIOSK, perpustakaan, Kemudahan Komplex Pusanika dan Eko Teres Niaga. Kedudukan fakulti saya dengan tempat-tempat yang say sebutkan tadi memudahkan pelajar untuk bergerak tanpa menggunakan bas. Hanya jaln kaki sahaja.


library~


PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG

Kalau nak study atau nak pinjam buku boleh terus pergi Perpustakaan Tun Seri Lanang yang jauhnya hanya beberapa meter sahaja. Kalau ada masa free boleh lah pergi sana belajar,buat tutorial or assignment. PTSL lengkap semua kemudahan. Ada wifi,cyber,kedai makanan,ruang yang luas dan selesa, ruangan membaca, dan sebagainya. Perpustakaan ini sangat selesa dan kondusif. ,




Dewan Kuliah FEP



Gambar diatas adalah keadaan di dalam Dewan Kuliah FEP. FEP mempunyai lima buah dewan kuliah. Dewan-dewan ini lengkap dengan segala fasiliti. Memudahkan pelajar untuk belajar secara kondusif . Dewan kuliah ini juga besar dab mampu menampung 100 lebih bilangan pelajar. Terdapat penghawa dingin yang memberi keselsaan semasa belajar kepada mahasiswa. Selain dewan kuliah, FEP juga mempunyai bilik seminar untuk pembelajaran yang tidak melibatkan kuliah. Selain itu, terdapat juga kemudahan surau ,tandas ,water filter untuk para mahasiswa. FEP juga mempunyai pejabat Dekan dan Pusat Pengajian di setiap aras. Di aras 3, Pusat Pengajian Pengurusan, aras 4 ekonomi dan aras5 Perakaunan. Pejabat Dekan pula di aras 6. Dekan FEP adalah Profesor Dr Norman Mohd Saleh.


kiosk FEP


KIOSK adalah gerai-gerai makanan yang bersebelahan dengan FEP. Disinilah para mahasiswa/i menjamu selera selepas atau sebelum kelas. Keistimewaan kiosk ni adalah, gerai nya buka 24 jam, makanan yang dijual murah dan enak, sambal nasi ayam penyetnya amat menyelerakan. HAHAHA.
Antara menu yang ada disini adalah nasi ayam penyet, pece lele, nasi arab, kuih-muih, roti canai dan banyak lagi. Harganya juga amat berpatutan dan menjimatkan duit poket pelajar.


bas nadi putra

Bas nadi putra adalah kemudahan pengangkutan para mahasiswa di UKM. Setiap kali hendak ke kelas, bas inilah yang menghantar kami . Tapi bas nadi putra ada jadual perjalananya. Oleh itu, para pelajar mestilah merancang perjalanan masing-masing agar tidak terlepas bas nadi putra. Pemandu bas juga amat mesra dengan para pelajar. Mereka murah dengan senyuman dan servis mereka juga amat baik. Bas sentiasa datang tepat pada masanya. Ada 3 jenis bas yang digunakan dalam UKM iaitu bas 3U, zon 2 dan zon 6. Bas 3U menghantar pelajar ke semua tempat dalam UkM kecuali ke Kolej Pendeta Zaba. Bas zon 2 pula menghantar pelajar ke Kolej Pendeta Zaba disamping melalui beberapa fakulti dan kolej-kolej yang lain. Zon 6 pula menghantar pelajar ke stesen komuter UKM,Bangi. Bagi pelajar yang ingin balik boleh menaiki bas zon 6. Bagi hari Sabtu dan Ahad, hanya bas zon 6 sahaja yang beroperasi. Bas 3U dan bas zon 2 adalah bercuti. Para pelajar UKM hendaklah peka dengan jadual perjalanan bas.

No comments:

Post a Comment