Tuesday, 24 November 2015

HOME

~Assalammualaikum~

~Ahlan Wasahlan~

~Selamat Datang~



Saya Norsaifah binti Hen. Berumur 19 tahun. Pelajar tahun 1 di UKM dalam kursus PENTADBIRAN PERNIAGAAN. Saya merupakan seorang yang suka dengan makanan. Saya suka makan. Terutama sekali masakan ibu. Saya gemar memakan makanan yang berkuah dan sup sebab makanan ni mengenyangkan saya. Setiap kali ke restoran saya akan minta makanan seperti soto,bakso,tomyam,laksa,mi sup dan macam-macam lagi lah.. hehehehehe..Saya ucapkan selamat datang ke blog saya yang baru saja saya buat pada minggu lepas. Apa-apa kekurangan pada blog ni saya dahului dengan ucapan maaf dan saya minta tunjuk ajar dari anda semua untuk memperbaiki lagi blog saya. 



DIRI SAYA





Gambar di atas ni adalah saya. ^^ Saya anak kedua daripada 4 orang adik beradik . Saya lahir pada 16 JANUARI 1996 dan saya berasal daripada Kota Kinabalu, Sabah. Saya mendapat pendidikan awal dari Tadika JHEAINS , Likas , Sabah. Kemudian di SK INANAM LAUT . Kemudian meneruskan pengajian di SMK INANAM sehingga tamat tingkatan 5. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T saya dapat menyambung pembelajaran saya di Kolej Matrikulasi Labuan. Selepas menamatkan pengajian di matrikulasi, saya memilih UKM sebagai pilihan pertama saya untuk meneruskan lagi pengajian saya. Alhamdulillah permohonan saya diterima dan saya dapat memasuki UKM sebagai mahasiswi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Berkat doa ibubapa,guru,pensyarah,rakan-rakan dan keluarga saya berjaya menjejakkan kaki di UKM walaupun terdapat halangan-halangan yang menimpa.


KELUARGA SAYA


Saya dibesarkan oleh kedua ibubapa yang sangat penyayang . Ibu saya NORINI BINTI BUIT dan ayah saya HEN BIN AMAT. Mereka ibubapa yang sangat tabah dalam membesarkan kami 4 orang adik beradik, Mereka sabar dengan kerenah kami dan tidak pernah jemu untuk melayani perangai adik bongsu saya yang nakal. Setiap hari ibu menyediakan sarapan kesukaan kami iaitu nasi lemak bersama telur dadar. Makanan tengahari dan makan malam juga ibu sediakan. Kami adik beradik membantu ibu di dapur untuk basuh pinggan dan mengelap meja. Ibu melakukan semua kerja rumah dengan sangat cekap. Beliau sangat teliti dalam menyiapkan kerje-kerja rumah . Semuanya boleh disiapkan oleh ibu dalam masa kurang daripada 2 jam. 

Ayah pula seorang yang tegas. Beliau sangat mementingkan masa. Ayah mendidik kami dari kecil agar menepati masa. Itulah perkara yang tidak lekang dari mulut ayah setiap kali kami sekeluarga berkumpul. Menurutnya, menepati masa atau datang awal terdapat berkat di dalamnya. Terutama sekali dalam majlis - majlis ilmu . Sekiranya kita datang awal, ia membantu kita untuk lebih bersedia dan menunjukkan keperibadian yang mulia . Ayah dan ibu bukan lah orang yang kaya . Pendapatan ayah biasa-biasa sahaja. ibu pula sekadar surirumah. Tetapi saya kagumi semangat ayah yang cekal untuk mencari sesuap nasi demi menyekolahkan kami adik beradik. Ibu juga begitu, Tidak pernah mengeluh dengan kesempitan hidup. Kerana mereka sudah kebal dalam mengharungi kehidupan yang susah. semangat mereka ini jugalah yang memberi saya kekuatan untuk bertarung dalam mengejar ilmu sehingga berjaya di peringkat yang membanggakan. 

SAHABAT

GROWN-UP CHILDREN


Gambar diatas adalah kawan-kawan saya yang sangat baik, comel, cantik, kacak, sporting, pendiam, mulut tempayan, suka tidur, suka meniru kerja orang, kuat makan, gemuk, kurus dan macam-macam lagi lah. HAHAHAHA. Pendek kata, diorang ni lah pelengkap hidup saya semasa di belajar di Matrikulasi Labuan. Kami kenal hanya setahun tapi perkenalan setahun itu ibarat perkenalan 10 tahun. Kami sangat cepat rapat dan sangat senang bergaul antara satu sama lain. Banyak memori dan kenangan kami semua. Antaranya ialah,
Baru balik kelas

kitorang ikut EXPLORACE tapi kalah. HAHAHA

Jalan-jalan sebab elaun baru masuk. HIHIHI

Banana boat. YEAHHH!!!


MEMORI TERAKHIR .:( Tukar-tukar hadiah.



Gambar di atas tu semua adalah gambar-gambar kenangan kami selama setahun. Semuanya kenangan manis dan sangat susah untuk dilupakan. Perkenalan dengan mereka mengajar saya banyak perkara iaitu jangan pentingkan diri. Sebagai seorang pelajar, kita tidak boleh abaikan kawan kita sebab mereka ini lah yang menolong kita suatu hari nanti. Kita kena kongsi ilmu dengan kawan-kawan. Semua ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Kelemahan dalam diri kita itu akan menjadi kekuatan apabila kita bersatu padu sesama rakan kita. Segala maklumat atau ilmu mengenai pelajaran hendaklah dikongsikan bersama-sama. Jangan ada perasaan iri hati diantara kita dengan kawan-kawan kerana rezeki itu masing-masing dan datang daripada Allah S.W.T.
Jadi, hargailah sahabat atau kawan-kawan anda .~ ^^.



TUGASAN

TUGASAN APLIKASI KOMPUTER

Aplikasi Komputer adalah salah satu subjek yang saya pelajari di semester 1. Nama pensyarah saya ialah Dr Norazila binti Mat. Sepanjang kelas , saya belajar bermacam-macam ilmu mengenai komputer.

  1. WORDS
  2. EXCEL
  3. POWERPOINT
  4. ACCESS
  5. WEB/HTML
  6. BLOG




WORDS

 Tugasan pertama saya ialah News Letter Task. Kami di ajar bagaimana untuk membuat sehelai surat khabar dalam bentuk booklet yang mempunyai empat isu. Kami belajar cara untuk `wrap text`, buat footer, header, `text box`, page layout dan sebagainya.Selain itu, Kami diajar untuk cara membuat table of content, list of figure, edit header dan footer . Kami diajar cara untuk edit dokumen yang panjang dengan format yang betul. Kami turut diajar cara membuat `citation dan bibliografi`, 'reference', 'heading' dan banyak lagi. Video diatas adalah cara untuk membuat bibliografi dan citation untuk rujukan kami.



EXCEL

 Dalam tugasan ini, kami diajar cara untuk membuat vlookup, autofill, text formatting, flashfill, simple grade dan simple data. Tugasan ini memerlukan kita untuk teliti dalam memasukkan data dengan betul. Sekiranya ada bahagian yang tertinggal, tugasan ini tidak dapat dilengkapkan. Kami juga belajar cara untuk menggunakan formula-formula yang ada di dalam microsoft excel.








POWERPOINT

Dalam tugasan ini, kami belajar cara untuk membuat presentation menggunakan slide dan video yang kami buat sendiri. Kami memilih tajuk BELLS AND RINGTONE ON THE LATEST SMARTPHONE. Kami sertakan video mengenai ringtone dan slide kami membincangkan tentang kebaikan dan keburukan ringtone. Tugasan ini deberi oleh Dr Azila secara berkumpulan. Kami menyiapkan tugasan ini secara berkumpulan. Tugasan ini antara tugasan yang amat mudah dan cepat disiapkan. Daripada tugasan ini, saya belajar bagaimana untuk menghasilkan pembentangan yang kreatif mengikut cara masing-masing. Idea yang digabunkan juga haruslah bernas untuk menghasilkan powerpoint yang terbaik.




ACCESS 

Tugasan ini merupakan tugasan yang mana saya belajar untuk membuat 'database'. Access selalu digunakan untuk merekod maklumat. Contohnya maklumat mengenai kakitangan, pelajar, ahli-ahli dalam sesebuah syarikat dan banyak lagi. Kami diberi tugasan ini secar berkumpulan . Kami dikehendaki memilih satu syarikat atau perniagaan yang ingin dijalankan . Kemudian kami hendaklah membuat 'database' bagi kakitangan. Kami memilih untuk menubuhkan perniagaan KATERING. Dalam tugasan ini, saya belajar cara untuk mewujudkan relationship diantara maklumat-maklumat yang ada. Selain itu, kami jugak belajar cara untuk membuat 'table design'. 'query', 'lookup wizard', 'property' dan sebagainya. Gambar dibawah adalah contoh access.







HTML

HTML atau Hypertext Markup Language adalah satu kaedah untuk menghasilkan blog. Kaedah ini adalah kaedah yang agak sukar kerana menggunakan banyak 'code'. Semua yang ingin ditulis atau dimasukkan ke dalam blog kita hendaklah menggunakan 'code' dan ini memerlukan kami untuk teliti. Sekiranya ada angka atau huruf yang tertinggal maka blog tidak dapat disiapkan.



kod untuk warna

BLOG

Blog adalah tugasan kami yang terakhir. Tugasan ini amat menarik kerana kami membuat blog masing- masing mengikut kreativiti sendiri. Saya sertakan 4 'page' dalam blog saya iaitu HOME, FAKULTIKU, KOLEJ IBU ZAIN dan TUGASAN. Banyak perkara yang saya kongsikan dalam blog saya. Banyak cerita yang saya kaitkan terutama mengenai kehidupan di universiti dan juga UKM. Selamat melawat dan mengembara ke blog saya. Klik link ni ye. mncoflife.blogspot.my  . FOLLOW SAYA TAU. ^^ HIHIHI.

KOLEJ IBU ZAIN SYURGAKU

Kolej Ibu Zain




Nama kolej ini adalah bersempena dengan nama tokoh kemerdekaan iaitu IBU ZAIN atau nama sebenarnya Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman seorang tokoh wanita Melayu yang penuh kelembutan tetapi tegas dalam perjuangan membangunkan anak bangsa. Penubuhan kolej kediaman yang ketujuh ini mampu menampung keperluan penginapan sebanyak 400 orang pelajar. Kolej ini dibina diatas Bukit Warisan yang berkonsepkan ala-resort yang mementingkan persekitaran dan lanskap yang hijau dan kondusif untuk suasana pembelajaran. 



KOLEJ IBU ZAIN



VISI KOLEJ >
Bertekad menjadi pusat penginapan dan aktiviti pelajar yang cemerlang selaras dengan hasrat dan aspirasi UKM.

MISI KOLEJ >
  1. Menyediakan perkhidmatan penginapan yang mesra pengguna dan bertaraf antarabangsa.
  2. Menjadi pusat rujukan pembangunan insaniah pelajar.
  3. Menjadi pusat aktiviit pelajar yang lengkap dan terkini.



PENTADBIRAN IBU ZAIN


EN. ANUAR AHMAD
PENGETUA

EN. NIK MOHD NOOR FAIZUL MD SAAD
TIMB.PENGETUA


Diatas adalah orang-orang besar yang bertanggungjawab menerajui KIZ dan para penghuninya. Mereka dibantu oleh Majlis Eksekutif Pelajar yang terdiri daripada mahasiswa UKM dan penghuni Ibu Zain. 

MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR(MEP)



SUASANA MASA MMM

Suasana masa Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) di Kolej Ibu Zain sangat menyeronokkan. Para PC iaitu Pemudah Cara sangat baik dan mesra pelajar. Mereka menjaga kami dengan baik sekali disamping menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. MMM adalah minggu orientasi bagi Mahasiswa/i baru UKM. Jika dengar sahaja perkataan orientasi, pasti semua pelajar takut, gerun, dan tak suka sebab kena bangun awal pagi, tak cukup rehat, lewat tidur, selalu kena marah ,penat sampai tak ada masa nak mandi. Betul tak?.haaaa. Keadaan sedemikian sangat berbeza semasa saya menjalani minggu orientasi di kolej saya ni. Kami disambut dengan senyuman. Setiap aktiviti yang dijalankan tidak memenatkan kami dan tidak terlalu sesak dek kerana bilangan kami yang sedikit. Malah memudahkan para PC mengendalikan aktiviti dan pelajar. Kami diberi waktu rehat yang cukup dan makanan yang enak. Kami tidak pernah dimarah atau ditengking oleh PC kerana kami mengikuti setiap arahan daripada mereka. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah....

Forum Bersama Pelajar Cemerlang


Majlis bersama Dekan di DECTAR


Kerja Kumpulan Mengenai ALUR ILMU

Raptai Hari Malaysia

Naib Johan Sambutan Hari Malaysia

Aktiviti yang dijalankan amat berguna dan memberi banyak input berguna khususnya kepada kami yang bakal menghadapi hidup sebagai mahsiswa UKM. Kami juga banyak meneroka kawasan-kawasan di UKM ini. PC membawa kami ke beberapa tempat di UKM .UKM sangat luas dan tidak hairan lah nanti jika ada yang sesat.




FASILITI KIZ


KOLEJ IBU ZAIN merupakan satu-satunya kolej yang mempunyai pelajar antarabangsa. Pelajar antarabangsa yang menuntut di UKM akan diberikan penginapan di KIZ. Ada yang berasal dari Iran, Bangladesh, Istanbul, Arab Saudi dan banyak lagi. Ini salah satu keunikan kolej ini. Fasiliti yang ada juga lengkap dan amat selesa untuk para pelajar. Antara kemudahannya ialah.....

Tangga untuk pelajar yang malas naik bas.


Foyer 


Taman 


 Skylight untuk pelajar membuat assignment kerana terdapat wifi


Salah satu tangga kiz


Surau tingkat atas dan di bawah pula Pejabat Pentadbiran


 Komputer Mesra Pelajar


Kafe AZURA


FAKULTI KU

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN





Inilah fakulti tempat saya menimba ilmu dalam jurusan pentadbiran perniagaan.. ^^
Cantik tak?? hehehe. Bangunan FEP ni tempatnya sangat strategik. Kenapa?? haaa. Sebab fakulti ni terletk berdekatan dengan KIOSK, perpustakaan, Kemudahan Komplex Pusanika dan Eko Teres Niaga. Kedudukan fakulti saya dengan tempat-tempat yang say sebutkan tadi memudahkan pelajar untuk bergerak tanpa menggunakan bas. Hanya jaln kaki sahaja.